Wednesday, May 25, 2011

Gamepad biasa jadi controller Xbox 360

Seperti tajuk post kali ini, jom kita ubah gamepad biasa jadi xbox360 punyer controller. Skang semua game PC dah di optimize dengan controller xbox 360, cucuk jer controller xbox 360 kat pc, run game, semua automatically disetting, boleh fully control gune gamepade. So, nak beli controller xbox360 bapak mahal, kat area aku ade la dalam RM250, kalau wireless RM350. Post kali ni aku akan tunjuk tool tuk detect controller biase cap ayam jadi xbox 360 punyer controller...



kat bawah ni gambar gamepad aku, jenama pun cap ayam, TESUN, beli dalam RM40, tu pun collect ngan member 3 tahun lepas, still leh gune lagi, termasuk admin MyGempaks collect skali, sebab time tu gile main PES 2008.


Care nak bagi windows detect gamepad ni jadi xbox360 amat lah 'Sesimple Semudah Itu', pinjam word dari MyGempak sat. Bahan-bahan yang diperlukan adalah:


Click link kat atas ni, dan click kat xinputemu, download x360ce Vibmod yang paling latest, skang ni paling lates is 3.1.4.1. Link kat atas mungkin mencurigakan sebab link pegi ke URL yang ade perkataan virus, jangan risau, xder virus kat web tu, name dye virus sebab nick creator tool ni is virus.

Skang langkah-langkah nak wat game detect controller as xbox360 controller.

kat bawah ni ialah files yang korang download tadi:


- Folder src
- changelog.txt
- Readme.txt
- x360ce.ini
- xinput1_3.dll
- XInputTest.exe

So skang ni nak kene setting dulu gamepad kita.

Pegi kat Device Manager
Bukak Computer> Right Click kat Computer> Properties> Device Manager (belah kiri atas)

Tekan kat Human Interface Device
Right click kat HID-compliant game controller > Properties


Pilih tab Details
Pilih dari drop down menu Hardware Ids


Skang ni, simpan VID dan PID controller korang, setiap controller berbeza, sebagai contoh, untuk controller macam dalam gambar ni ( tengok kat line num 2 )

HID\VID_124B&PID_4D01

VID = 124B
PID = 4D01

Skang, bukak x360ce.ini yang korang dah download kat awal post tadi, edit gune notepad, camner nak edit gune notepad?? rightclick kat x360ce.ini > open with > notepad

kat bawah ni isi perut x360ce.ini


K, ingat tak VID dan PID yang korang simpan tadi. skang tukar VID ngan PID macam screenshot kat atas, isi ikut VID ngan PID korang dapat tadi, jangan tiru yang kat atas ni...

VID=0x0000  -------->   VID=0x124B
PID=0x0000  -------->    PID=0x4D01

kalau korang dah tak sabar tengok result dye, try la run XInputTest.exe


kalau korang wat setting tadi dengan betul, kat status akan tulus Connected, skang try tekan button satu-satu, tengok betul x mapping controller korang, kalau tekan button A tapi B yang menyala, so maknanya nak kene remap.

Bukak balik x360ce.ini


contoh screenshot kat atas ni...

A=3
B=2
X=4
Y=1

A, B, X, Y adalah button xbox360, 1 2 3 4 tu pulak button controller korang, so setting la ikut controller korang, kalau button 3 korang kat position A, so ganti  A=3

camner nak tau button controller ni 1 ke 2 ke 3???

pegi kat Device and Printers > Rightclick kat controller > Game controller setting > Properties last2 korang akna tengok mamcam gambar bawah ni..


Korang dah boleh agak la kan camner nak tau mane satu button no 1 2 3 dan seterusnya..
skang edit la x360ce.ini  korang tu balik. kalau dah edit sume...

copy semua file
- Folder src
- changelog.txt
- Readme.txt
- x360ce.ini
- xinput1_3.dll
- XInputTest.exe

ke dalam game director korang


macam kat atas ni aku copy file-file tadi kat dalam directory DiRT2..

Kalau korang BERJAYA, korang akan dengar bunyi 'Ting' selepas korang run game tersebut...

Screenshot membuktikan controller aku jadi xbox360 punyer controller


Kat controller setting dah automatically setting ikut macam xbox punyer setting..

kat bawah ni plak screenshoot in game, tengok kat button continue, dye dah ubah ENTER jadi A


Kat replay option plak button pun dah ubah jadi macam xbox



Enjoy =)

p/s: Entry yang paling panjang penah aku buat =_=" bapak panjang, aku pun naik malas nak susun ayat, so kalau mane2 yang  x paham tu, comment lah yer, nanti aku tolong jawabkan...Aku gune bende layan macam xbox 360, cucuk kat HDTV, pas tu laptop dah jadi macam console...=)

2 comments:

  1. vibration ada setting x?

    ReplyDelete
  2. Kat XInputTest leh vibrate x???
    try cek kat x360ce.ini kat forcefeedback =1

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...